Verse Of The Day 25 Nov 2015
"Yesus juga berkata kepada mereka "Perhatikanlah apa yang kamu dengar ! Ukuran yang kamu gunakan untuk menghakimi orang akan digunakan oleh Allah juga untuk kamu - malahan lebih berat lagi ! Seseorang yang mempunyai sesuatu akan diberikan lagi lebih banyak lagi ; tetapi seseoarang yang tidak mempunyai apa-apa , sedikit yang ada padanya akan diambil juga" "
Markus 4:24-25




Selasa, 24 November 2015

Verse Of The Day 23 Nov 2015
"Orang yang dianggap terbesar antara mereka menikmati Pemerintahan Allah adalah orang yang merendahkan diri seperti kanak-kanak. Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku ,menyambut Aku"
Matius 18:4-5

Selamat sejahtera saudara-saudari yang dikasihi Yesus Kristus . Merujuk kepada Injil di atas , Yesus menyatakan bahawa orang yang paling besar di Syurga adalah orang yang merendahkan diri . Kanak-kanak merupakan contoh kerendahan diri . Oleh itu , ayuh ! Kita sama-sama merendahkan diri dari segi pakaian ,pemikiran , perbuatan , makanan dan sebagainya . Sebagai contoh , dari segi pemikiran , kita janganlah menganggap diri kita lebih hebat , segak , mantap dan banyak lagi tetapi fikirkanlah tentang orang lain , tidak melawan atau berdengki dengan orang lain , kasihanilah dan ampunilah kesalahan orang lain dan jangan berlagak . Dari segi perbuatan pula , jangan kita jadi sombong , pemarah , pemabuk , pendengki , penyebar gossip/khabar angin dan banyak lagi . Tetapi , kasihanilah orang lain , menjadi pendamai ketika dalam pentengkaran , janganlah menyakiti hati orang lain , mengalah dengan orang yang berdegil untuk mencari kepuasan hati seseorang tentang sesuatu perkara dan hormatilah orang lain . Budak kecil tidak sombong , dengki , bertengkar dan sebagainya . Oleh itu , ubahlah hati kita untuk merendahkan diri kita supaya kita disenangi dan diberkati oleh Allah Bapa Yang Maha Kasih ! Amen !

Ahad, 22 November 2015

Explanation about The Covenants

Video ini menerangkan tentang perjanjian-perjanjian Allah . Pujilah Allah yang Maha Pengasih kerana engkau telah merancang sesuatu yang sangat baik untuk kami manusia yang berdosa !

Book Of Psalms

Video ini bertujuan untuk menyuburkan kefahaman kalian tentang Injil Tuhan . Video ini senang untuk difahami . Biarlah Injil ini ditanam dalam hati kita supaya ia bertumbuh dengan galaknya !

History of Catholicsm

Inilah sejarah gereja Katolik ! Tontonilah dan fahamilah !

The Living Saints - Grandpa Dobri


Atuk ini seorang yang sangat baik untuk dicontohi . Beliau meminta sedekah di mana-mana tanpa menghiraukan kehidupanya yang miskin dan sengsara . Duit sedekahnya akan diberikan kepada Gereja untuk membina lebih banyak gereja , monastri , chapel dan banyak lagi .Beliau tidak mengambil satu sen pun daripada duit sedekah itu . Beliau sangat merendah diri dan perlu diteladani . Di dunia ini , banyak perkara mulia yang boleh dilakukan . Jangan mencari Dunia ini . Carilah Tuhan yang mencipta Bumi ini . Bumi ini penuh dengan kejahatan . Tetapi Allah penuh dengan kasih !

My Favourite Saint Francis of Asisi Video .

Semasa kamu menonton video ini , ambillah teladan St ,Francis of Asisi yang setia terhadap Tuhan Yesus . Tontonilah !


Selasa, 14 Julai 2015

Pope speaks to Journalists aboard his papal plane

Rome Reports:Pope Francis speaks to Journalists aboard his papal plane .


For Full Understanding: http://www.romereports.com/2015/07/13/pope-speaks-to-journalists-aboard-his-papal-plane

Isnin, 13 Julai 2015