Verse Of The Day 23 Nov 2015
"Orang yang dianggap terbesar antara mereka menikmati Pemerintahan Allah adalah orang yang merendahkan diri seperti kanak-kanak. Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku ,menyambut Aku"
Matius 18:4-5
Selamat sejahtera saudara-saudari yang dikasihi Yesus Kristus . Merujuk kepada Injil di atas , Yesus menyatakan bahawa orang yang paling besar di Syurga adalah orang yang merendahkan diri . Kanak-kanak merupakan contoh kerendahan diri . Oleh itu , ayuh ! Kita sama-sama merendahkan diri dari segi pakaian ,pemikiran , perbuatan , makanan dan sebagainya . Sebagai contoh , dari segi pemikiran , kita janganlah menganggap diri kita lebih hebat , segak , mantap dan banyak lagi tetapi fikirkanlah tentang orang lain , tidak melawan atau berdengki dengan orang lain , kasihanilah dan ampunilah kesalahan orang lain dan jangan berlagak . Dari segi perbuatan pula , jangan kita jadi sombong , pemarah , pemabuk , pendengki , penyebar gossip/khabar angin dan banyak lagi . Tetapi , kasihanilah orang lain , menjadi pendamai ketika dalam pentengkaran , janganlah menyakiti hati orang lain , mengalah dengan orang yang berdegil untuk mencari kepuasan hati seseorang tentang sesuatu perkara dan hormatilah orang lain . Budak kecil tidak sombong , dengki , bertengkar dan sebagainya . Oleh itu , ubahlah hati kita untuk merendahkan diri kita supaya kita disenangi dan diberkati oleh Allah Bapa Yang Maha Kasih ! Amen !